"I do not see why man should not be just as cruel as nature." Adolf Hitler

"I do not see why man should not be just as cruel as nature." Adolf Hitler

Tuesday 27 September 2011

Kerana ketandusan tajuk tidak dipertikaikan


Apabila kesengsaraan menahan abjad² yang meluap² didalam rongga²otak ini, bermulah episod baru dengan keaktifian jari jemari menghentak² menaip. Aku suka membaca. Tapi, benci dengan apa yang aku baca. Sesat dalam lingkaran otak aku sendiri. Aku suka menulis. Tapi, benci apa yang aku tulis. Tak faham dengan apa yang aku tulis. Aku minat dengan pelbagai benda. Tapi, aku benci dengan hasil yang aku buat. Malas untuk belajar lebih. Aku sukakan cinta. Tapi aku seorang pembenci. Aku suka menjadi diri aku. Tapi, aku bosan menjadi aku. Aku masih lagi berada di dalam dilema untuk memilih jalan terbaik yang ada di depan aku. Jalan terbaik di sini, adalah seperti yang tertulis di dalam kamus hidup aku sendiri, yang hanya akan digunapakai oleh aku sendiri sahaja. Tak ada jasad dan jiwa lain, yang akan punya definisi yang sama dengan aku. Kalau ada, hanyalah kebetulan.

Entahlah
Aku rasa, buat masa terdekat ni, aku takkan mampu untuk menjawab apa-apa pun jenis soalan yang diberikan kepada aku, dan aku sendiri rasanya dah terlalu malas nak fikirkan tentang dunia luar yang sangat sempurna. Yang dipenuhi dengan benda yang indah-indah, benda yang cantik-cantik sampaikan aku sendiri jadi takut, kalau-kalau aku yang menjadi penyebab kepada kehancuran itu semua.Jadi, tiap kali bila ada yang datang, dan mengajukan soalan atau apapun mengenai dunia luar yang cantik dan indah belaka- yang selalunya sempurna, jauh lebih sempurna dari filem-filem barat, aku jadi terasa seperti hopeless. Hopeless kerana aku tahu, aku tak ada satu idea pun tentang dunia itu.Dunia yang aku ada cumalah satu dunia yang dipenuhi oleh orang-orang yang sedang merangkak keluar dari segalanya. Dan ironinya, orang-orang itulah yang aku sayangi, Orang-orang yang juga tak punya idea yang banyak tentang keindahan dunia luar yang selalu digambarkan di merata tempat. Orang-orang yang sedang nazak dengan kesempurnaan, dan yang sedang nazak untuk merangkak keluar dari dunia luar sana.Ya. Dunia aku, memang penuh dengan masalah. Dan, dunia aku memang penuh dengan persoalan yang tak pernah nak habis. Dan, aku tak salahkan sesiapa jika mereka memilih untuk mengejek dan membenci aku, atas alasan itu. Kerana, aku tahu, satu hari mereka sendiri akan bosan bila memikirkan segalanya. Dan mereka akan bertambah bosan bila mereka sedar satu hari nanti yang aku tak punya apa-apa sebenarnya untuk aku janjikan kepada mereka.

Meskipun
Yang aku ada cumalah insan-insan yang mental dan fizikalnya, tak sempurna seperti manusia di luar sana. Manusia-manusia yang aku sayang, dan manusia-manusia yang tak pernah menjadi beban kepada aku. Manusia yang aku harapkan akan memanggil aku ketika mereka berada di hujung tebing sana- ketika mereka mahu jatuh.Bagi aku, terlalu ramai manusia yang datang. Dan terlalu sedikit yang datang sekali dengan otak yang betul- otak yang belum dikontaminasikan oleh mana-mana kebodohan yang diserapkan oleh dunia sempurna yang indah belaka itu. Kebanyakkan mereka, masuk ke dalam dunia aku yang serba jahanam ni, dengan tanggapan bahawa dunia aku sebenarnya sama sahaja dengan dunia manusia-manusia lain- dunia yang tak songsang dan dunia yang indah. Jadi, bila mereka dah mengenali aku, mereka mahu tarik aku untuk masuk ke dalam dunia indah itu yang mana tak mungkin dapat aku terima sebagai sesuatu yang baik. Sebab aku sedar, di dunia sempurna sana, memang tak ada ruang untuk orang-orang macam aku. Orang yang penuh dengan songsang dan dosa. Ditambah, aku bukanlah datang dari kelas yang berduit. Jadi, dalam kebanyakkan masanya aku pernah dipaksa untuk masuk ke dalam sana. Dan, bila aku menolak, mereka akan terus mendesak aku. Dan, mereka lupa. Kedegilan aku, ditambah dengan ego dan kemarahan yang aku ada keadaan boleh menjadi lebih kelam kabut. Jadi, bila pelawaan mereka untuk membawa aku ke dunia sana ditolak, mereka meracau, dan mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun mereka terpaksa memberi penghinaan terbesar kepada aku. Dan, setelah mereka puas menghina aku seperti aku ini adalah sehelai kain buruk yang tak berperasaan, mereka akan datang kembali untuk meminta maaf. Dengan harapan, aku akan terima rasa kesal mereka dan aku akan lupakan segala cacian dan makian mereka dan langsung, aku akan ikut mereka ke sana- ke dunia yang indah sana.

Ternyata
Memang. Aku adalah fasis di era pasca moden ini. Tapi, aku tahu apa yang aku lakukan. Dan, aku tak perlu nak jelaskan pada sesiapa yang datang dari dunia luar sana, kenapa aku lakukan semua ini. Kerana aku yakin, orang kebanyakkan – yang biasanya terlalu khayal dengan keindahan dunia sana tak akan memahami apa yang aku fahami. Aku tahu apa yang aku lakukan dan aku tahu, siapa yang perlu benar-benar aku sayangi. Manusia memang tak akan pernah nak menghargai apa yang kita berikan kepada mereka langsung, mereka tak akan pernah cuba untuk memastikan semua itu berjalan dengan lancar. Sebaliknya, mereka akan mengambil kesempatan, dengan apa cara sekalipun dan dengan apa jalan sekalipun asalkan kehendak mereka dapat dipenuhi. Dan, bila mereka cuba untuk menarik tangan aku ke arah itu, aku akan pastikan mereka semua gagal. Aku cuma perlu hidup di samping mereka yang benar aku sayang dan bila perlu, aku hanya perlu lakukan kehancuran di luar sana, bila ada mereka yang bodoh datang mencabar. Aku tak rasa, pertelingkahan yang sedang dialami oleh ramai manusia, adalah sesuatu yang rumit dan misteri. Bagi aku, itu semua cuma wujud di dalam imaginasi si tamak-tamak yang senang menggelarkan diri mereka sebagai manusia. Kerana bagi aku, perihal kasih sayang dan cinta adalah hal yang sangat agung dan merumitkan. Ia lebih misteri dan ia lebih penuh dengan tanda tanya dan perasaan yang bermacam.


bebas kepada isu tajuk


Seperti biasa, apabila sesuatu yang aku pikirkan sampai kronik sebegini mulalah jari jemari aku menjadi segatal² alam sehinggakan wujudnya idea² yang datang mencurah² dalam kepala otak ini. Aku suka membaca. Tapi, benci dengan apa yang aku baca. Sesat dalam lingkaran otak aku sendiri. Aku suka menulis. Tapi, benci apa yang aku tulis. Tak faham dengan apa yang aku tulis. Aku minat dengan pelbagai benda. Tapi, aku benci dengan hasil yang aku buat. Malas untuk belajar lebih. Aku sukakan cinta. Tapi aku seorang pembenci. Aku suka menjadi diri aku. Tapi, aku bosan menjadi aku. Aku masih lagi berada di dalam dilema untuk memilih jalan terbaik yang ada di depan aku. Jalan terbaik di sini, adalah seperti yang tertulis di dalam kamus hidup aku sendiri, yang hanya akan digunapakai oleh aku sendiri sahaja. Tak ada jasad dan jiwa lain, yang akan punya definisi yang sama dengan aku. Kalau ada, hanyalah kebetulan.

Jadi, aku masih lagi di dalam pertarungan untuk memilih jalan yang aku mahukan. Apa aku harus teruskan seperti yang dah lama aku rancangkan, atau aku mahu beralih kepada pelan baru yang aku dah rangkakan di dalam kepala otak aku, beberapa hari lalu. Semua ni, menyesakkan kepala otak aku, ditambah lagi dengan kehadiran konflik² yang selalu mencabar jiwa aku, untuk terus bertarung dan menjadi semakin kental dan keras kepala di dalam menghadapi mereka. Aku sukakan bila datangnya konflik yang akan menjanakan ego aku, sebagai seorang manusia. Konflik yang akan selalu membuatkan aku terasa seperti mahu ketawa melihatkan kejatuhan pihak lawan aku. Melihatkan kepada dia yang menyesal dilahirkan di dunia tanpa sesuatu perbuatan yang berfaedah. Aku sukakan semua itu. Aku suka melihatkan manusia menemui penyesalan di dalam hidup mereka bila pada satu masa sebelum tu, mereka terlalu angkuh dengan apa yang mereka ada, atau apa yang mereka rasakan mereka ada. Jadi, apa yang ada di depan aku, cukup memenatkan aku. Aku terpaksa berdepan dengan segala macam persoalan dan persimpangan di dalam pemilihan sambil sesekali, atau banyak kali, datang pula insan² ironis yang akan cuba menganggu-gugat hidup aku, yang dah sedia rosak ni. Tapi, macam yang kawan aku cakap, aku ni jenis yang ignorant jadi, aku tak akan fikirkan sangat. Aku tak akan ambil peduli kalau aku tak mahu, dan aku hanya akan buat bodoh tentang mereka sehinggalah mereka sendiri akan terasa menyesal hidup atau memprilaku sikap dengan tidak sepatutnya diperagakan.

Apapun, itulah kehidupan. Penuh dengan persimpangan yang kadang-kadang mampu mengelirukan diri kita sendiri. Konflik, itu semua kehidupan. Memang ia ada di mana-mana. Jadi, aku tak boleh nak nafikan kewujudan mereka semua, aku memang kena lalui semua tu. Sebab, semua yang aku alami di dalam hidup aku ni, sebenarnya adalah merupakan guru terbaik yang akan selalu mengingat dan mengajarkan aku, tentang apa itu hidup. Macam yang berlaku di dalam hidup aku, bila aku tersalah anggap bahawa aku boleh mempercayai seseorang sedangkan di dalam masa yang sama, dia sebenarnya, menganggap aku, tak lebih dari ancaman. Dan, bila itu terjadi, apa yang aku lihat? Aku dapat melihat bagaimana ada sesetengah manusia yang akan cuba mempertahankan dia, dan meminta aku agar melupakan segalanya atas nama persahabatan yang aku dan dia dah jalinkan semenjak beberapa masa tertentu sudah. Dan, ada pula yang seolah menjadi batu api yang akan selalu mengingatkan aku tentang betapa buruknya dia. Tapi, apa yang aku lakukan? Aku tak endahkan kedua belah pihak, dan aku tak endahkan mereka semua kerana aku tahu, walau macamana pun, ini hidup aku. Aku yang akan menghadapi hari aku, dan aku sendiri yang akan terpaksa menerima apa yang telah aku lakukan di masa lampau aku. Konsekuen.

Jadi, aku tak hiraukan mereka semua kerana mereka masih lagi terikat dengan segala macam retorik, segala macam penipuan dan segala macam moral ironis yang selalu membuatkan aku sedih dan kadang-kala tertawa sendiri, macam orang gila. Dan, aku yakin, sehebat mana pun mereka, mereka pasti akan ada kebodohan, sama seperti aku. Dan, mereka bodoh bila tak mahu lepaskan diri mereka dari semua ni. Hanya kerana sudah menjalinkan hubungan persahabatan selama beberapa masa tertentu , bukanlah satu lesen untuk seseorang itu, menghina seseorang yang lain. Manusia, tak kira siapa, walaupun kawan aku sendiri, memang ironik. Mereka semua lebih bijak dalam bidang pendidikan, dalam bidang percintaan, sukan, perhubungan sesama manusia dan di dalam segala macam bidang. Mereka semua hebat dan mereka semua megah dengan apa yang mereka miliki, atau mereka fikir mereka miliki. Mereka punya koleksi lagu yang berlambak yang dikutip atas alasan mereka perlu mendengar kepada itu, untuk menjadi wujud. Mereka punya buku yang banyak, pengetahuan yang banyak dan kebolehan yang bermacam.

Tapi, mereka lupa. Mereka juga ada memiliki kebodohan. Sama seperti aku.
Dan, mereka tak pernah nak akui, sebab mereka terlalu angkuh. Sebab, mereka masih lagi manusia. Mereka masih lagi orang, mereka masih lagi lelaki atau perempuan dan mereka masih lagi rakyat Malaysia.

Tak tahu nak letak tajuk apa


Dalam kehidupan yang tidak mengenal erti kepuasan, kemarahan, kegembiraan kadang² kita terleka dengan perkara yang hanya berada di dunia tanpa mengambil tahu tentang org lain, keluarga, dan juga org ramai. Kenapa dan terus kenapa? soklan terus di tanya tanpa henti, kadang² semua ini hanya berlalu dengan pantas sehinggakan aku sendiri tidak mengenal siapa aku. Aku suka membaca. Tapi, benci dengan apa yang aku baca. Sesat dalam lingkaran otak aku sendiri. Aku suka menulis. Tapi, benci apa yang aku tulis. Tak faham dengan apa yang aku tulis. Aku minat dengan pelbagai benda. Tapi, aku benci dengan hasil yang aku buat. Malas untuk belajar lebih. Aku sukakan cinta. Tapi aku seorang pembenci. Aku suka menjadi diri aku. Tapi, aku bosan menjadi aku.

"Cinta bukan sekadar kata-kata indah. Cinta bukan sekadar buaian belaian peaduan" (baru cipta)
Bosan sial. Aku pun tak tahu apa nak jadi. Kondisi mental aku berada di tahap kritikal yang mana telah meransangkan jiwa aku untuk memberontak di dalam diri aku sendiri. Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Aku berada di luar paksi saniti. Aku berada jauh di galaksi ketidak warasan. Semuanya kosong. Setiap bunyi yang aku dengari hanyalah menyakitkan kepala. Semua perbualan manusia memeningkan kepala. Aku bukan di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah. Aku agak 'bersih' ketika ini. Dan aku tak pernah berbangga dengan itu. Menjalani kehidupan dengan 'baik' merunsingkan. Semua realiti menyakitkan. Semuanya sama. Semuanya bodoh! Aku dah tak tahan rasa bosan lagi. Aku rasa macam nak sepak orang je, malam ni. Tapi, siapa yang aku nak sepak? Aku pun bukannya seganas mana. Aku cuma pecinta yang suka dgn diri aku sendiri, Hahahahaha.

Entah kenapa aku rasa bosan sangat. Semuanya rasa macam bodoh. Aku rasa macam sial je. Tak ada siapa yang seronok untuk diajak berbual. Mungkin, memang tak seronok berbual dengan aku menyebabkan orang-orang ini berasa janggal berbual dengan aku. Aku sendiri rasa macam nak terperap je dekat rumah-bersendiri. Tapi, entahlah tiap kali pun mesti ada orang ajak keluar. Takkan aku nak tolak? Tapi, kalau aku tak tolak, keadaan akan menjadi lebih rumit. Suasana riang dan gembira kawan-kawan aku biasanya akan hilang atau berkurangan bila aku ada melepak sekali. Itu jelas. Itu sebabnya, aku selalu memaksa diri aku untuk menolak segala pelawaan mereka. Mereka punyai hidup yang bagus. Jangan ganggu mereka. Tapi, aku gagal. Dalam tempoh beberapa minggu ini, aku agak benci dengan manusia. Dan ini adalah benar. Semuanya macam sial. Kelihatannya, mereka menganggap aku tak punyai perasaan sebab mungkin aku hanya tersenyum selalu. Paling cibai. Aku pun bosan nak duduk berbual dengan binatang macam ni. Orang yang paling teruk sekali. Orang yang berpura-pura mengambil tahu tentang aku. Yang berpura-pura risaukan aku. Tapi, yang sebenarnya, aku hanyalah orang bodoh yang berada di sisi dia. Orang yang akan diperkotak-katikkan dalam sesetengah situasi dan keadaan. Aku dapat mesej dari seorang kawan yang cakap, aku dah benci dia. Entah apa aku nak cakap dan balas balik. Takkan aku nak mempertahankan diri aku cuba membuktikan yang aku tak benci dia? Aku tak benci dia. Aku cuma benci orang² bodoh yang angkuh. Jelasnya, dia bukan seorang yang angkuh. Tak pernah pulak, dia nak eksploitasi keakraban aku dan dia. Dia tak pernah buat aku nampak bodoh. Cuma, dia kurang yakin yang aku tak bencikan dia. Entah. Aku malas nak terangkan sebab takut keadaan akan menjadi lebih teruk dan kritikal.

Bila aku rasa marah, aku akan jadi hilang kawalan. Itulah aku. Aku akan jadi pemikir yang negatif, aku akan keluar dari saniti aku dan aku akan hilang kewarasan. Aku hanya akan penuhi nafsu kemarahan aku semata. Dan jelas, itulah sebabnya orang² pun bencikan aku. Aku tak salahkan mereka. Cuma silapnya, mereka tak berani untuk berterus-terang bahawa, aku ini membosankan. Aku ini hanya seorang yang selalu inginkan simpati, seorang gagalis, seorang yang tak punyai apa² nilai. Aku tak pandai berlawak, atau menenagkan keadaan, aku tak punyai bakat, aku tak punyai wang. Aku cuma ada diri aku ini. Jadi, buat apa nak susah² lepak dengan aku? Aku terfikir, apa yang boleh aku buat agaknya, pada masa-masa seperti ni? Nak keluar, memang tak ada apa yang boleh buat. Nak melepak macam ni je, rasa macam bosan la pulak. Aku rasa, dah lama aku tak hirup udara luar rumah aku ni. Tapi, aku macam dibebani rasa malas pulak untuk melangkahkan kaki aku ke luar sana. Nak tak nak, aku hanya mendekatkan diri aku dengan rumah ni. Sebab aku tahu, di sini semuanya akan jadi elok-elok sahaja. Cumanya, rasa macam bosan sikit, bila sendiri hari ni. Mungkin, hari ni aku terasa macam ni sebab aku dah mula takutkan sesuatu. Sesuatu yang selalu membuatkan aku runsing.

Menghabiskan masa selama beberapa minit, berbual dengan si Laura tentang hal cintanya dan juga sedikit, mengenai kehidupan. Sekarang, Bilik sedang dilimpahi dengan titisan-titisan hujan yang meneman dan menyejukkan lagi pagi aku ni. Aku rasa seperti aku sedang berada di satu tanah yang lain dan aku masih rasakan yang aku sedang berada di satu tempat yang masih ada sisa² cinta yang mengasyikkan. Aku tersenyum sendiri sambil memikirkan tentang semua hal yang sedang berlaku di dalam diri aku. Aku akui, sangat menyakitkan. Tapi, dalam masa yang sama, akan ada sesuatu yang akan selalu memberikan aku seolah satu kekuatan untuk teruskan semua ni. Aku tak kisah, selagi aku mampu, aku akan teruskan. Itu yang selalu aku percayakan. Aku percaya, jika manusia semua sedar akan fungsi otak dan emosi, dunia ni akan menjadi tempat yang sangat indah. Bayangkan, sebuah ladang anggur yang besar. Dan buktinya, aku sendiri yang pernah memikirkan tentang pengakhiran hidup yang perlu aku ambil, kini masih lagi bernafas di dalam kesesakkan udara di dalam bilik aku ini. Aku akui, hidup memang bukannya selalu menyenangkan. Tapi, aku tahu juga kadang² akan datang satu sebab untuk aku teruskan semua ni. Satu sebab yang membuatkan aku teransang untuk melihat hari esok aku, yang kalau diukur dari mata tipikal masyarakat bermoral dan berwang, hanyalah hari esok yang tak ada harapan. Tapi, aku peduli semua tu? Tak. Sebab apa? "...sebab kau tu macam ignorant sikit" kata kawan aku. Memang aku tak nafikan itu aku. Aku memang selalu tak ambil pusing tentang apa yang orang katakan dalam kebanyakkan masanya. Tapi, sesekali aku akan tetap berfikir tentang hal tu. Tapi, jarang. Aku rasa, apa yang pernah aku alami sebelum ni, di dalam hidup aku sendiri ni, dah banyak mengajar aku tentang bagaimana harus aku lakukan di dalam menghadapi manusia yang akan sentiasa ada di sekitar hidup aku, walaupun kadang-kadang, aku tak mahukan mereka ada sekali, bernafas dengan aku, dan mereka-mereka yang baik ni. Tapi, aku tak mampu nak halang mereka untuk teruskan apa yang mereka miliki. Aku tersenyum sambil aku memandang kepada langsir merah, hitam dan coklat yang ada di belakang aku ni. Aku masih lagi tersenyum walaupun semua ni, sedang berlaku di luar sana.

Biasa. Itulah yang terjadi bila aku terlalu sibuk dengan keintoksinasian yang aku sedang alami. Aku akan terus leka di sana sambil aku tak akan ambil peduli sangat tentang hal lain. Lagipun, hidup aku sehingga semalam, masih lagi aku rasakan sebagai satu bentuk kegagalan sebagai manusia. Jadi, di dalam meraikan kegagalan aku sebagai manusia yang kononnya sempurna, aku raikan pula kejayaan aku sebagai manusia yang sedar. Manusia yang sedar akan hakikat bahawa dunia ni, bukanlah satu tempat yang relevan sangat untuk kita ukirkan senyuman. Hanya ada segelintir sahaja yang akan buat kita senyum. Tapi, yang datang membuatkan kita menangis dan tertekan? Mereka ada di mana-mana sahaja. Seperti semalam. Hal yang tak sepatutnya telah berlaku dan memperlihatkan bagaimana manusia yang terlalu angkuh dengan diri mereka, melaksanakan tugasan mereka sebagai manusia. Mereka terlalu angkuh sehinggakan mereka sanggup melanggari apa yang aku katakan sebagai humanity. Dan itu, cukup untuk membuatkan aku terasa bahawa semua ni, masih lagi tak masuk akal. Maksud aku, kehidupan ni. Bila agaknya, kali terakhir kita menikmati keindahan yang tersembunyi di balik senyuman orang yang kita kenal? Dan, bila agaknya kali terakhir, kita benar-benar memujinya kerana kecantikan yang dia miliki? Kecantikkan yang bercampur dengan kebaikkan mereka sebagai seorang manusia. Manusia yang pecaya bahawa dia masih lagi berotak. Hari ni, aku bangun dari tidur aku, yang dah aku lakukan sejak pagi tadi (aku tak keluar rumah langsung) dan aku melihat kepada keindahan senyuman seseorang. Aku tersenyum, sambil mata aku berat mengingatkan segalanya. Aku tersenyum dan dalam masa yang sama, aku terasa sebak memikirkan tentang betapa tak adilnya kehidupan, meletakkan dia yang begitu indah, di dalam dunia yang kotor ni. Aku membayangkan bahawa betapa baiknya jika dia tak ada hidupnya di sini. Tak ada hidupnya di dalam kehidupan dan dunia yang tercemar ni. Alangkah bagusnya jika dia teruskan hidup dia, di sebuah ladang anggur di kayangan yang mana hidupnya semua yang indah dan baik belaka. Tapi, dalam masa yang sama, hati aku terusik. Memikirkan tentang aku, yang jauh dengan dunia ni. Lantas, susah nak aku tarik dan dakap dia, sepuasnya. Aku nak habiskan masa aku, bersama dengan dia, menikmati kehidupan dan menikmati cinta yang memelikkan. Itu yang aku harapkan. Tapi, ini hidup! Aku perlu bangun memandang kepada realiti. Dunia, terlalu laju

Jujur, aku sedang kesedihan. Sedih memikirkan yang kebebasan yang selama ni, cuba aku laksanakan di dalam diri aku, memberikan implikasi buruk kepada jiwa aku. Aku sedih, kebelakangan ni. Hari demi hari, aku makin terasakan yang aku terlalu penat untuk teruskan lagi kehidupan yang baik ni. Aku dah terlalu penat untuk memikirkan tentang hal² yang tak sepatutnya dan aku dan penat untuk terus memandang ke depan sambil aku tipukan diri aku bahawa semua ni, pasti akan dapat diteruskan dengan baik-baik saja.
Jujur, itu yang aku rasa. Dan dalam masa yang sama, aku terasakan kerinduan yang sangat pada seseorang yang sedang berdiam diri menenangkan segala perihal di dalam hidupnya, agaknya. Aku terasa seperti gila bila aku terusan memandang kepada gambarnya.

Aku memang gila penat! sepenat² aku, aku masih lagi mampu untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai~

perasaan. . .

pulang nya seseorang ke dakapan yang tersayang setelah lama merantau ke selatan dan utara di dunia ini dengan menaiki bas dengan harapan yang tersayang itu menunggu dengan sabarnya dan juga dapat bertemu setelah sampai ke destinasi yang ingin dituju

sampainya ke destinasi yang ingin dituju, dengan melangkah menuruni anak tangga bas tersebut dan menghirup udara di luar bas adalah kenikmatan ternyata sama sekali.dengan tidak semena2 fikiran terus bertanya2 dimanakah insan yang tersayang ini! hurm... bila hati tidak keruan lagi dan juga tidak dapat menanggung kerinduan yang telah lama terperap di dalam dada. persoalan timbul dengan pantas juga tidak mengira masa, dimanakah dia?dia dia dia! yang akan menanti kepulangan aku ini.. tiada usaha tiada juga apa yang akan dapat, jadi berusahalah anda!Mencari dan terus mencari, dengan adanya mata ini gunakanlah selagi boleh, melinau-linau mata ini mencari dimanakah si dia! dan akhirnya! membuahkan hasil, si dia menanti dengan penuh kesabaran nampaknya, duduknya di atas kerusi di meja makan sambil mengacau-ngacau air minumannya dengan sudu, jelas sekali maksud nya si dia tengah mengalami perasaan yang sangat risau, tetapi mengapa perlu risau? terlintas dalam hati seketika. sudah pasti si dia risau kerana ketibaan orang tersayangnya belum lagi nampak bayang... owh terlupa pula! aku lah orang tersayang yang dia tunggu! ( :dengan tidak membuang masa lagi melangkah dan terus melangkah dengan hati yang sangat berbunga2 ke arah si dia, alangkah indahnya ketika itu perasaan yang dialami kerana kerinduan yang hanya berbayar dengan sms,kol dan juga berhubung melalui internet sahaja, tetapi kini si dia ada di depan mata! yeay2 sangat seronok!! kalau boleh nak berguling2 di atas kaki lima ini sahaja..ish sudah lah cerite punya cerite tidak juga sampai di depan si dia... jadi meneruskan langkah ku ini dengan hati yang sudah berkelopak-lopak bunga nya dan bermain di fikiran apa yang patut aku buat apabila berdiri di depan sidia....fikir fikir fikir! apa aku patut buat ni...DUP!!!(sound effect). terlihat seorang kanak2 yang dalam berusia 3-4 tahun yang baru pandai bercakap mengeluarkan kata2. chory ye abang...(sambil membuat muka yang sangat comel) tapi kanak2 itu memang sangat comel, dengan rambut nya yang lurus dan menutup dahi sehingga ke kening melanggar kaki kanan aku.. aku tidak terniat nak marah, dan bukan sifat aku nak marah hanya kepada kanak2 yang sangat keriangan dengan apa yang ingin dia lakukan.. lalu aku pun bertanya.. adik2, adik nak pergi mana ni lari2? kanak2 itu pun menjawab, aye nak gie dai ule2 tu, nak eli ule2... aku hanya mampu tersenyum melihat kanak2 itu bercakap. dan tidak semena2 aku menurunkan beg yang digalas, lalu membuka zip dan juga mengambil gule2 lolypop yang ada di dalam beg terus aku menghulurkan kepada kanak2 itu..jelas sekali keriangan yang terpancar di muka kanak2 itu sambil melompat2 dengan kata2 yang dikeluarkan olehnya ialah..yeay2! apat ule2 ulat2 yeay2! apat ule2 ulat2 itu saja perkataan yang aku dengari dr mulut kanak2 itu, kerana kurang jelas disebabkan ia melompat2 tak habis2 dan juga ungkapan yang sama kanak2 itu ulangi apat ule2 ulat2 ialah dapat gule2 bulat2(kepada yang kurang faham).dan aku meneruskan langkah aku serta meninggalkan kanak2 itu melompat tak habis2..rupa2nya terlanggar nya aku dengan kanak2 itu membawa maksud tersirat. kerana apabila aku berpaling arah untuk melangkah menuju ke arah orang tersayang, aku terpandang sebuah kedai bunga yang amat berwarna-warni dengan bunga2 yang ada di kedai itu, pulangnya dari jauh tanpa sebarang pemberian kepada insan tersayang tidak seronok juga kan? jadi singgah la sebentar ke dalam kedai itu untuk membeli jambak bunga untuk diberikan kepada sidiatauke! saya mahu angkat ini bunga berapa harga u mau kasi jual? cincai price sudah la tauke..tauke tuh pun jual kat aku..kat tangan dah ada bunga sejambak, apa lagi tunggu? jalan lah!jadi continue la langkah aku menghala ke arah orang tersayang! yes aku dah nampak muka dia! suke2nak lompat2 macam budak tadi jugak.. but umur aku dah berapa? so tak jadi lah nak lompat2sampai nya aku berhampiran si dia, terus aku berdiri di belakangnya dan menutupi kedua2 belah matanya dengan jari aku ini, dan si dia bertanya. kenapa lambat sangat ni sayang? argh!!!! aku mendengar suara nya itu...panggil pulak sayang...argh tekanan2 rasa nak jatuh kejap ketika itu. lalu aku bertanyakan kembali kepada si dia sambil melepaskan jari2 aku yang menutupi matanya itu. macam mana tahu hubby yang tutup mata tu tadi? si dia menjawab. tahu lah, dah kenal sangat bau badan mcm mana..tak duduk sekali tak best la pulak. so aku pun duduk la kejap kat kerusi meja makan tu, sambil2 aku duduk tu aku bg jambak bunga tu kat si dia, nah ambik bunga ni, heee sambil aku tersenyum, sekali si dia ambik direct sound! ayat nya, lah kenapa beli bunga ni? kat rumah pun bunga dah banyak, semua tu kiriman dr hubby, dah la warna bunga ni tak lawa..aduh! tak tahu nak cakap macam mana perasaan time tu..punya la ikhlas aku nak bagi kat si dia, sekali si dia terima dengan cacian..sob sob sob sad moment kejap... ada lah tarik muka sikit, then si dia bangun dari kerusinya dan memeluk aku dari belakang sambil memberi kucupan di pipi aku dengan kata2, ala cakap macam itu pun nak merajuk, tak mau la merajuk sayang..whuaaaaaaaaa cair2, then aku kembali tersenyum!dah2 sembang banyak kat sini karang mcm2 lak honey komen tentang hubby so jom balik, bangun lah kami dari meja makan itu dan melangkah ke kereta, dah sampai di depan pintu kereta apa lagi masuk lah dalam kereta, takkan nak duduk sahaja di depan pintu kereta itu kan? hidupkan enjin keretadan menutup pintu kereta! BUP(sound effect)!woi! terjaga dari tidur alaaaaa try tido balik nak dpt kan cerita macam tu balik sebab belum smpi rumah lagi ni.mana la tahu smpi rumah boleh g mandi sama2 ker then tido sama2 ker,,wargh!!! sekali tak dapat tido sebab dah nak subuh..kesimpulannya ini hanya mimpi seseorang yang telah aku interview!


wakakaka terima kasih dengan ketekunan anda membaca yer? heee




- s e l e k e h . m y -

- kelahiran -

was born at kuala kangsar
6.10.1989 is the date
2.45 am the time
home town is teluk intan
location is
BATAK RABIT
- selekeh . serabai . serabut -
the way to improve ur self