"I do not see why man should not be just as cruel as nature." Adolf Hitler

"I do not see why man should not be just as cruel as nature." Adolf Hitler

Tuesday 27 September 2011

bebas kepada isu tajuk


Seperti biasa, apabila sesuatu yang aku pikirkan sampai kronik sebegini mulalah jari jemari aku menjadi segatal² alam sehinggakan wujudnya idea² yang datang mencurah² dalam kepala otak ini. Aku suka membaca. Tapi, benci dengan apa yang aku baca. Sesat dalam lingkaran otak aku sendiri. Aku suka menulis. Tapi, benci apa yang aku tulis. Tak faham dengan apa yang aku tulis. Aku minat dengan pelbagai benda. Tapi, aku benci dengan hasil yang aku buat. Malas untuk belajar lebih. Aku sukakan cinta. Tapi aku seorang pembenci. Aku suka menjadi diri aku. Tapi, aku bosan menjadi aku. Aku masih lagi berada di dalam dilema untuk memilih jalan terbaik yang ada di depan aku. Jalan terbaik di sini, adalah seperti yang tertulis di dalam kamus hidup aku sendiri, yang hanya akan digunapakai oleh aku sendiri sahaja. Tak ada jasad dan jiwa lain, yang akan punya definisi yang sama dengan aku. Kalau ada, hanyalah kebetulan.

Jadi, aku masih lagi di dalam pertarungan untuk memilih jalan yang aku mahukan. Apa aku harus teruskan seperti yang dah lama aku rancangkan, atau aku mahu beralih kepada pelan baru yang aku dah rangkakan di dalam kepala otak aku, beberapa hari lalu. Semua ni, menyesakkan kepala otak aku, ditambah lagi dengan kehadiran konflik² yang selalu mencabar jiwa aku, untuk terus bertarung dan menjadi semakin kental dan keras kepala di dalam menghadapi mereka. Aku sukakan bila datangnya konflik yang akan menjanakan ego aku, sebagai seorang manusia. Konflik yang akan selalu membuatkan aku terasa seperti mahu ketawa melihatkan kejatuhan pihak lawan aku. Melihatkan kepada dia yang menyesal dilahirkan di dunia tanpa sesuatu perbuatan yang berfaedah. Aku sukakan semua itu. Aku suka melihatkan manusia menemui penyesalan di dalam hidup mereka bila pada satu masa sebelum tu, mereka terlalu angkuh dengan apa yang mereka ada, atau apa yang mereka rasakan mereka ada. Jadi, apa yang ada di depan aku, cukup memenatkan aku. Aku terpaksa berdepan dengan segala macam persoalan dan persimpangan di dalam pemilihan sambil sesekali, atau banyak kali, datang pula insan² ironis yang akan cuba menganggu-gugat hidup aku, yang dah sedia rosak ni. Tapi, macam yang kawan aku cakap, aku ni jenis yang ignorant jadi, aku tak akan fikirkan sangat. Aku tak akan ambil peduli kalau aku tak mahu, dan aku hanya akan buat bodoh tentang mereka sehinggalah mereka sendiri akan terasa menyesal hidup atau memprilaku sikap dengan tidak sepatutnya diperagakan.

Apapun, itulah kehidupan. Penuh dengan persimpangan yang kadang-kadang mampu mengelirukan diri kita sendiri. Konflik, itu semua kehidupan. Memang ia ada di mana-mana. Jadi, aku tak boleh nak nafikan kewujudan mereka semua, aku memang kena lalui semua tu. Sebab, semua yang aku alami di dalam hidup aku ni, sebenarnya adalah merupakan guru terbaik yang akan selalu mengingat dan mengajarkan aku, tentang apa itu hidup. Macam yang berlaku di dalam hidup aku, bila aku tersalah anggap bahawa aku boleh mempercayai seseorang sedangkan di dalam masa yang sama, dia sebenarnya, menganggap aku, tak lebih dari ancaman. Dan, bila itu terjadi, apa yang aku lihat? Aku dapat melihat bagaimana ada sesetengah manusia yang akan cuba mempertahankan dia, dan meminta aku agar melupakan segalanya atas nama persahabatan yang aku dan dia dah jalinkan semenjak beberapa masa tertentu sudah. Dan, ada pula yang seolah menjadi batu api yang akan selalu mengingatkan aku tentang betapa buruknya dia. Tapi, apa yang aku lakukan? Aku tak endahkan kedua belah pihak, dan aku tak endahkan mereka semua kerana aku tahu, walau macamana pun, ini hidup aku. Aku yang akan menghadapi hari aku, dan aku sendiri yang akan terpaksa menerima apa yang telah aku lakukan di masa lampau aku. Konsekuen.

Jadi, aku tak hiraukan mereka semua kerana mereka masih lagi terikat dengan segala macam retorik, segala macam penipuan dan segala macam moral ironis yang selalu membuatkan aku sedih dan kadang-kala tertawa sendiri, macam orang gila. Dan, aku yakin, sehebat mana pun mereka, mereka pasti akan ada kebodohan, sama seperti aku. Dan, mereka bodoh bila tak mahu lepaskan diri mereka dari semua ni. Hanya kerana sudah menjalinkan hubungan persahabatan selama beberapa masa tertentu , bukanlah satu lesen untuk seseorang itu, menghina seseorang yang lain. Manusia, tak kira siapa, walaupun kawan aku sendiri, memang ironik. Mereka semua lebih bijak dalam bidang pendidikan, dalam bidang percintaan, sukan, perhubungan sesama manusia dan di dalam segala macam bidang. Mereka semua hebat dan mereka semua megah dengan apa yang mereka miliki, atau mereka fikir mereka miliki. Mereka punya koleksi lagu yang berlambak yang dikutip atas alasan mereka perlu mendengar kepada itu, untuk menjadi wujud. Mereka punya buku yang banyak, pengetahuan yang banyak dan kebolehan yang bermacam.

Tapi, mereka lupa. Mereka juga ada memiliki kebodohan. Sama seperti aku.
Dan, mereka tak pernah nak akui, sebab mereka terlalu angkuh. Sebab, mereka masih lagi manusia. Mereka masih lagi orang, mereka masih lagi lelaki atau perempuan dan mereka masih lagi rakyat Malaysia.

No comments:

Post a Comment