"I do not see why man should not be just as cruel as nature." Adolf Hitler

"I do not see why man should not be just as cruel as nature." Adolf Hitler

Tuesday 27 September 2011

Tak tahu nak letak tajuk apa


Dalam kehidupan yang tidak mengenal erti kepuasan, kemarahan, kegembiraan kadang² kita terleka dengan perkara yang hanya berada di dunia tanpa mengambil tahu tentang org lain, keluarga, dan juga org ramai. Kenapa dan terus kenapa? soklan terus di tanya tanpa henti, kadang² semua ini hanya berlalu dengan pantas sehinggakan aku sendiri tidak mengenal siapa aku. Aku suka membaca. Tapi, benci dengan apa yang aku baca. Sesat dalam lingkaran otak aku sendiri. Aku suka menulis. Tapi, benci apa yang aku tulis. Tak faham dengan apa yang aku tulis. Aku minat dengan pelbagai benda. Tapi, aku benci dengan hasil yang aku buat. Malas untuk belajar lebih. Aku sukakan cinta. Tapi aku seorang pembenci. Aku suka menjadi diri aku. Tapi, aku bosan menjadi aku.

"Cinta bukan sekadar kata-kata indah. Cinta bukan sekadar buaian belaian peaduan" (baru cipta)
Bosan sial. Aku pun tak tahu apa nak jadi. Kondisi mental aku berada di tahap kritikal yang mana telah meransangkan jiwa aku untuk memberontak di dalam diri aku sendiri. Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Aku berada di luar paksi saniti. Aku berada jauh di galaksi ketidak warasan. Semuanya kosong. Setiap bunyi yang aku dengari hanyalah menyakitkan kepala. Semua perbualan manusia memeningkan kepala. Aku bukan di bawah pengaruh alkohol ataupun dadah. Aku agak 'bersih' ketika ini. Dan aku tak pernah berbangga dengan itu. Menjalani kehidupan dengan 'baik' merunsingkan. Semua realiti menyakitkan. Semuanya sama. Semuanya bodoh! Aku dah tak tahan rasa bosan lagi. Aku rasa macam nak sepak orang je, malam ni. Tapi, siapa yang aku nak sepak? Aku pun bukannya seganas mana. Aku cuma pecinta yang suka dgn diri aku sendiri, Hahahahaha.

Entah kenapa aku rasa bosan sangat. Semuanya rasa macam bodoh. Aku rasa macam sial je. Tak ada siapa yang seronok untuk diajak berbual. Mungkin, memang tak seronok berbual dengan aku menyebabkan orang-orang ini berasa janggal berbual dengan aku. Aku sendiri rasa macam nak terperap je dekat rumah-bersendiri. Tapi, entahlah tiap kali pun mesti ada orang ajak keluar. Takkan aku nak tolak? Tapi, kalau aku tak tolak, keadaan akan menjadi lebih rumit. Suasana riang dan gembira kawan-kawan aku biasanya akan hilang atau berkurangan bila aku ada melepak sekali. Itu jelas. Itu sebabnya, aku selalu memaksa diri aku untuk menolak segala pelawaan mereka. Mereka punyai hidup yang bagus. Jangan ganggu mereka. Tapi, aku gagal. Dalam tempoh beberapa minggu ini, aku agak benci dengan manusia. Dan ini adalah benar. Semuanya macam sial. Kelihatannya, mereka menganggap aku tak punyai perasaan sebab mungkin aku hanya tersenyum selalu. Paling cibai. Aku pun bosan nak duduk berbual dengan binatang macam ni. Orang yang paling teruk sekali. Orang yang berpura-pura mengambil tahu tentang aku. Yang berpura-pura risaukan aku. Tapi, yang sebenarnya, aku hanyalah orang bodoh yang berada di sisi dia. Orang yang akan diperkotak-katikkan dalam sesetengah situasi dan keadaan. Aku dapat mesej dari seorang kawan yang cakap, aku dah benci dia. Entah apa aku nak cakap dan balas balik. Takkan aku nak mempertahankan diri aku cuba membuktikan yang aku tak benci dia? Aku tak benci dia. Aku cuma benci orang² bodoh yang angkuh. Jelasnya, dia bukan seorang yang angkuh. Tak pernah pulak, dia nak eksploitasi keakraban aku dan dia. Dia tak pernah buat aku nampak bodoh. Cuma, dia kurang yakin yang aku tak bencikan dia. Entah. Aku malas nak terangkan sebab takut keadaan akan menjadi lebih teruk dan kritikal.

Bila aku rasa marah, aku akan jadi hilang kawalan. Itulah aku. Aku akan jadi pemikir yang negatif, aku akan keluar dari saniti aku dan aku akan hilang kewarasan. Aku hanya akan penuhi nafsu kemarahan aku semata. Dan jelas, itulah sebabnya orang² pun bencikan aku. Aku tak salahkan mereka. Cuma silapnya, mereka tak berani untuk berterus-terang bahawa, aku ini membosankan. Aku ini hanya seorang yang selalu inginkan simpati, seorang gagalis, seorang yang tak punyai apa² nilai. Aku tak pandai berlawak, atau menenagkan keadaan, aku tak punyai bakat, aku tak punyai wang. Aku cuma ada diri aku ini. Jadi, buat apa nak susah² lepak dengan aku? Aku terfikir, apa yang boleh aku buat agaknya, pada masa-masa seperti ni? Nak keluar, memang tak ada apa yang boleh buat. Nak melepak macam ni je, rasa macam bosan la pulak. Aku rasa, dah lama aku tak hirup udara luar rumah aku ni. Tapi, aku macam dibebani rasa malas pulak untuk melangkahkan kaki aku ke luar sana. Nak tak nak, aku hanya mendekatkan diri aku dengan rumah ni. Sebab aku tahu, di sini semuanya akan jadi elok-elok sahaja. Cumanya, rasa macam bosan sikit, bila sendiri hari ni. Mungkin, hari ni aku terasa macam ni sebab aku dah mula takutkan sesuatu. Sesuatu yang selalu membuatkan aku runsing.

Menghabiskan masa selama beberapa minit, berbual dengan si Laura tentang hal cintanya dan juga sedikit, mengenai kehidupan. Sekarang, Bilik sedang dilimpahi dengan titisan-titisan hujan yang meneman dan menyejukkan lagi pagi aku ni. Aku rasa seperti aku sedang berada di satu tanah yang lain dan aku masih rasakan yang aku sedang berada di satu tempat yang masih ada sisa² cinta yang mengasyikkan. Aku tersenyum sendiri sambil memikirkan tentang semua hal yang sedang berlaku di dalam diri aku. Aku akui, sangat menyakitkan. Tapi, dalam masa yang sama, akan ada sesuatu yang akan selalu memberikan aku seolah satu kekuatan untuk teruskan semua ni. Aku tak kisah, selagi aku mampu, aku akan teruskan. Itu yang selalu aku percayakan. Aku percaya, jika manusia semua sedar akan fungsi otak dan emosi, dunia ni akan menjadi tempat yang sangat indah. Bayangkan, sebuah ladang anggur yang besar. Dan buktinya, aku sendiri yang pernah memikirkan tentang pengakhiran hidup yang perlu aku ambil, kini masih lagi bernafas di dalam kesesakkan udara di dalam bilik aku ini. Aku akui, hidup memang bukannya selalu menyenangkan. Tapi, aku tahu juga kadang² akan datang satu sebab untuk aku teruskan semua ni. Satu sebab yang membuatkan aku teransang untuk melihat hari esok aku, yang kalau diukur dari mata tipikal masyarakat bermoral dan berwang, hanyalah hari esok yang tak ada harapan. Tapi, aku peduli semua tu? Tak. Sebab apa? "...sebab kau tu macam ignorant sikit" kata kawan aku. Memang aku tak nafikan itu aku. Aku memang selalu tak ambil pusing tentang apa yang orang katakan dalam kebanyakkan masanya. Tapi, sesekali aku akan tetap berfikir tentang hal tu. Tapi, jarang. Aku rasa, apa yang pernah aku alami sebelum ni, di dalam hidup aku sendiri ni, dah banyak mengajar aku tentang bagaimana harus aku lakukan di dalam menghadapi manusia yang akan sentiasa ada di sekitar hidup aku, walaupun kadang-kadang, aku tak mahukan mereka ada sekali, bernafas dengan aku, dan mereka-mereka yang baik ni. Tapi, aku tak mampu nak halang mereka untuk teruskan apa yang mereka miliki. Aku tersenyum sambil aku memandang kepada langsir merah, hitam dan coklat yang ada di belakang aku ni. Aku masih lagi tersenyum walaupun semua ni, sedang berlaku di luar sana.

Biasa. Itulah yang terjadi bila aku terlalu sibuk dengan keintoksinasian yang aku sedang alami. Aku akan terus leka di sana sambil aku tak akan ambil peduli sangat tentang hal lain. Lagipun, hidup aku sehingga semalam, masih lagi aku rasakan sebagai satu bentuk kegagalan sebagai manusia. Jadi, di dalam meraikan kegagalan aku sebagai manusia yang kononnya sempurna, aku raikan pula kejayaan aku sebagai manusia yang sedar. Manusia yang sedar akan hakikat bahawa dunia ni, bukanlah satu tempat yang relevan sangat untuk kita ukirkan senyuman. Hanya ada segelintir sahaja yang akan buat kita senyum. Tapi, yang datang membuatkan kita menangis dan tertekan? Mereka ada di mana-mana sahaja. Seperti semalam. Hal yang tak sepatutnya telah berlaku dan memperlihatkan bagaimana manusia yang terlalu angkuh dengan diri mereka, melaksanakan tugasan mereka sebagai manusia. Mereka terlalu angkuh sehinggakan mereka sanggup melanggari apa yang aku katakan sebagai humanity. Dan itu, cukup untuk membuatkan aku terasa bahawa semua ni, masih lagi tak masuk akal. Maksud aku, kehidupan ni. Bila agaknya, kali terakhir kita menikmati keindahan yang tersembunyi di balik senyuman orang yang kita kenal? Dan, bila agaknya kali terakhir, kita benar-benar memujinya kerana kecantikan yang dia miliki? Kecantikkan yang bercampur dengan kebaikkan mereka sebagai seorang manusia. Manusia yang pecaya bahawa dia masih lagi berotak. Hari ni, aku bangun dari tidur aku, yang dah aku lakukan sejak pagi tadi (aku tak keluar rumah langsung) dan aku melihat kepada keindahan senyuman seseorang. Aku tersenyum, sambil mata aku berat mengingatkan segalanya. Aku tersenyum dan dalam masa yang sama, aku terasa sebak memikirkan tentang betapa tak adilnya kehidupan, meletakkan dia yang begitu indah, di dalam dunia yang kotor ni. Aku membayangkan bahawa betapa baiknya jika dia tak ada hidupnya di sini. Tak ada hidupnya di dalam kehidupan dan dunia yang tercemar ni. Alangkah bagusnya jika dia teruskan hidup dia, di sebuah ladang anggur di kayangan yang mana hidupnya semua yang indah dan baik belaka. Tapi, dalam masa yang sama, hati aku terusik. Memikirkan tentang aku, yang jauh dengan dunia ni. Lantas, susah nak aku tarik dan dakap dia, sepuasnya. Aku nak habiskan masa aku, bersama dengan dia, menikmati kehidupan dan menikmati cinta yang memelikkan. Itu yang aku harapkan. Tapi, ini hidup! Aku perlu bangun memandang kepada realiti. Dunia, terlalu laju

Jujur, aku sedang kesedihan. Sedih memikirkan yang kebebasan yang selama ni, cuba aku laksanakan di dalam diri aku, memberikan implikasi buruk kepada jiwa aku. Aku sedih, kebelakangan ni. Hari demi hari, aku makin terasakan yang aku terlalu penat untuk teruskan lagi kehidupan yang baik ni. Aku dah terlalu penat untuk memikirkan tentang hal² yang tak sepatutnya dan aku dan penat untuk terus memandang ke depan sambil aku tipukan diri aku bahawa semua ni, pasti akan dapat diteruskan dengan baik-baik saja.
Jujur, itu yang aku rasa. Dan dalam masa yang sama, aku terasakan kerinduan yang sangat pada seseorang yang sedang berdiam diri menenangkan segala perihal di dalam hidupnya, agaknya. Aku terasa seperti gila bila aku terusan memandang kepada gambarnya.

Aku memang gila penat! sepenat² aku, aku masih lagi mampu untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai~

No comments:

Post a Comment