"I do not see why man should not be just as cruel as nature." Adolf Hitler

"I do not see why man should not be just as cruel as nature." Adolf Hitler

Tuesday 27 September 2011

Kerana ketandusan tajuk tidak dipertikaikan


Apabila kesengsaraan menahan abjad² yang meluap² didalam rongga²otak ini, bermulah episod baru dengan keaktifian jari jemari menghentak² menaip. Aku suka membaca. Tapi, benci dengan apa yang aku baca. Sesat dalam lingkaran otak aku sendiri. Aku suka menulis. Tapi, benci apa yang aku tulis. Tak faham dengan apa yang aku tulis. Aku minat dengan pelbagai benda. Tapi, aku benci dengan hasil yang aku buat. Malas untuk belajar lebih. Aku sukakan cinta. Tapi aku seorang pembenci. Aku suka menjadi diri aku. Tapi, aku bosan menjadi aku. Aku masih lagi berada di dalam dilema untuk memilih jalan terbaik yang ada di depan aku. Jalan terbaik di sini, adalah seperti yang tertulis di dalam kamus hidup aku sendiri, yang hanya akan digunapakai oleh aku sendiri sahaja. Tak ada jasad dan jiwa lain, yang akan punya definisi yang sama dengan aku. Kalau ada, hanyalah kebetulan.

Entahlah
Aku rasa, buat masa terdekat ni, aku takkan mampu untuk menjawab apa-apa pun jenis soalan yang diberikan kepada aku, dan aku sendiri rasanya dah terlalu malas nak fikirkan tentang dunia luar yang sangat sempurna. Yang dipenuhi dengan benda yang indah-indah, benda yang cantik-cantik sampaikan aku sendiri jadi takut, kalau-kalau aku yang menjadi penyebab kepada kehancuran itu semua.Jadi, tiap kali bila ada yang datang, dan mengajukan soalan atau apapun mengenai dunia luar yang cantik dan indah belaka- yang selalunya sempurna, jauh lebih sempurna dari filem-filem barat, aku jadi terasa seperti hopeless. Hopeless kerana aku tahu, aku tak ada satu idea pun tentang dunia itu.Dunia yang aku ada cumalah satu dunia yang dipenuhi oleh orang-orang yang sedang merangkak keluar dari segalanya. Dan ironinya, orang-orang itulah yang aku sayangi, Orang-orang yang juga tak punya idea yang banyak tentang keindahan dunia luar yang selalu digambarkan di merata tempat. Orang-orang yang sedang nazak dengan kesempurnaan, dan yang sedang nazak untuk merangkak keluar dari dunia luar sana.Ya. Dunia aku, memang penuh dengan masalah. Dan, dunia aku memang penuh dengan persoalan yang tak pernah nak habis. Dan, aku tak salahkan sesiapa jika mereka memilih untuk mengejek dan membenci aku, atas alasan itu. Kerana, aku tahu, satu hari mereka sendiri akan bosan bila memikirkan segalanya. Dan mereka akan bertambah bosan bila mereka sedar satu hari nanti yang aku tak punya apa-apa sebenarnya untuk aku janjikan kepada mereka.

Meskipun
Yang aku ada cumalah insan-insan yang mental dan fizikalnya, tak sempurna seperti manusia di luar sana. Manusia-manusia yang aku sayang, dan manusia-manusia yang tak pernah menjadi beban kepada aku. Manusia yang aku harapkan akan memanggil aku ketika mereka berada di hujung tebing sana- ketika mereka mahu jatuh.Bagi aku, terlalu ramai manusia yang datang. Dan terlalu sedikit yang datang sekali dengan otak yang betul- otak yang belum dikontaminasikan oleh mana-mana kebodohan yang diserapkan oleh dunia sempurna yang indah belaka itu. Kebanyakkan mereka, masuk ke dalam dunia aku yang serba jahanam ni, dengan tanggapan bahawa dunia aku sebenarnya sama sahaja dengan dunia manusia-manusia lain- dunia yang tak songsang dan dunia yang indah. Jadi, bila mereka dah mengenali aku, mereka mahu tarik aku untuk masuk ke dalam dunia indah itu yang mana tak mungkin dapat aku terima sebagai sesuatu yang baik. Sebab aku sedar, di dunia sempurna sana, memang tak ada ruang untuk orang-orang macam aku. Orang yang penuh dengan songsang dan dosa. Ditambah, aku bukanlah datang dari kelas yang berduit. Jadi, dalam kebanyakkan masanya aku pernah dipaksa untuk masuk ke dalam sana. Dan, bila aku menolak, mereka akan terus mendesak aku. Dan, mereka lupa. Kedegilan aku, ditambah dengan ego dan kemarahan yang aku ada keadaan boleh menjadi lebih kelam kabut. Jadi, bila pelawaan mereka untuk membawa aku ke dunia sana ditolak, mereka meracau, dan mereka sanggup melakukan apa sahaja walaupun mereka terpaksa memberi penghinaan terbesar kepada aku. Dan, setelah mereka puas menghina aku seperti aku ini adalah sehelai kain buruk yang tak berperasaan, mereka akan datang kembali untuk meminta maaf. Dengan harapan, aku akan terima rasa kesal mereka dan aku akan lupakan segala cacian dan makian mereka dan langsung, aku akan ikut mereka ke sana- ke dunia yang indah sana.

Ternyata
Memang. Aku adalah fasis di era pasca moden ini. Tapi, aku tahu apa yang aku lakukan. Dan, aku tak perlu nak jelaskan pada sesiapa yang datang dari dunia luar sana, kenapa aku lakukan semua ini. Kerana aku yakin, orang kebanyakkan – yang biasanya terlalu khayal dengan keindahan dunia sana tak akan memahami apa yang aku fahami. Aku tahu apa yang aku lakukan dan aku tahu, siapa yang perlu benar-benar aku sayangi. Manusia memang tak akan pernah nak menghargai apa yang kita berikan kepada mereka langsung, mereka tak akan pernah cuba untuk memastikan semua itu berjalan dengan lancar. Sebaliknya, mereka akan mengambil kesempatan, dengan apa cara sekalipun dan dengan apa jalan sekalipun asalkan kehendak mereka dapat dipenuhi. Dan, bila mereka cuba untuk menarik tangan aku ke arah itu, aku akan pastikan mereka semua gagal. Aku cuma perlu hidup di samping mereka yang benar aku sayang dan bila perlu, aku hanya perlu lakukan kehancuran di luar sana, bila ada mereka yang bodoh datang mencabar. Aku tak rasa, pertelingkahan yang sedang dialami oleh ramai manusia, adalah sesuatu yang rumit dan misteri. Bagi aku, itu semua cuma wujud di dalam imaginasi si tamak-tamak yang senang menggelarkan diri mereka sebagai manusia. Kerana bagi aku, perihal kasih sayang dan cinta adalah hal yang sangat agung dan merumitkan. Ia lebih misteri dan ia lebih penuh dengan tanda tanya dan perasaan yang bermacam.


No comments:

Post a Comment